Bismillah
Hari
ni Selasa.
Hari
Ahad, 19 Januari 2014. Kurang 72 jam lepas, aku terjaga dari tidur.
Aku
toleh kiri. Hasan masih lena. Pagi ni Hasan tak berdengkur.
Aku
bangun dan duduk sebelah dia. Rasa katil bergerak, Hasan buka mata.
Aku
senyum.
Hasan
mengeliat. Macam biasa, aku peluk dada Hasan yang tak berapa nak tough sambil membebel macam setiap
weekend yang biasa.
"Bangunlaa..mandi.
Harini nak jalan!" Aku tak mintak. Aku paksa.
Hasan
masih tersepet-sepet mata mamai-mamai tanya, "Nak jalan mana?"
Aku
cakap nak tengok wayang.
Pagi
tu lain sebab Hasan senang bangun. Selalu kena kejut 3,4 kali.
Tapi
pagi tu kejut sekali, Hasan bangun.
12.00
tengahari dah sampai Subang Parade.
Lapar.
Hasan kata beli tiket dulu. Tak banyak cerita seronok tapi nak juga tengok. Pilih satu cerita, bayar,
terus pergi makan.
"Awak,
jom lah amek gambar." Aku tau Hasan mesti membebel.
-"Nantilah
lepas makan. Kan tengah makan ni jangan nak buat gila." Kan betul dia
membebel.
"Hm..Ok.
Jangan cakap dengan saya..-
-"..sampai
besok! Awak nak cakap macamtu,kan.? Yess betol! Saya memang pandai!" Hasan
mencelah.
Betul
lah tu. Kalau aku merajuk dengan Hasan, aku mesti cakap macamtu.
Aku
sengih.
Petang
tu, dalam wayang. Rahim aku sakit amat.
Aku
tau, senggugut aku teruk. Aku dah biasa. Yang aku tak biasa, kalau aku tak
senggugut.
Sepanjang
petang tangan aku cengkam erat rahim. Konon boleh kurangkan sakit. Muka Hasan berkerut.
-"Jom
lah kita balik je lah sayang." Hasan tak sampai hati.
Aku
kata takpe. Dah start pun movie.
Dalam
wayang, Tuhan je tau macam mana aku boleh survive 2 jam.
Setiap
kali orang ramai ketawa, aku rasa perit nak bukak mulut. Sungguh.
Dalam
kereta aku tak boleh duduk.
Aku
tak boleh baring. Semua serba sakit.
Sepanjang
jalan aku cengkam rahim. Aku tepuk dashboard.
Aku
genggam seat. Aku menangis.
Bukan
airmata mengalir.
Ini
nangis teresak-esak. Cuba tahan sakit.
Kenapa
senggugut ni teruk sangat? 2 kali, 3 kali lebih sakit dari biasa.
Sampai
rumah Hasan suruh baring, tido, rehat.
Tak
boleh. Rahim aku terasa macam nak meletup. Macam mana nak pejam mata?
Sampai
lepas maghrib tu.
Malam
tu dalam tandas, aku tersentak.
"Awak..
Saya rasa lain." Aku mengadu pada Hasan.
Hasan
agak sesuatu yang buat aku terfikir-fikir.
Kami
Google. Web search. Images search. Semua.
Sampai
satu gambar, aku tunjuk pada Hasan.
"Macam
ni.. Sama macam ni. Sumpah." Aku mula rasa berdebar.
Kami
siap-siap, pergi klinik.
Doktor keluarkan kad-kad nombor, bulan.
Doktor tanya macam-macam.
Doktor suruh baring.
Doktor angguk-angguk.
Aku pandang Hasan. Hasan pandang aku.
Aku
menangis depan doktor.
Doktor
tepuk bahu aku. Doktor cakap,
"Who doesn't love babies? Everyone loves 'em."
___________________________________
Dah
2 hari aku duduk rumah.
Tak
ada apa yang aku boleh buat kat rumah.
Jadi
aku tulis sendiri.
Kadang-kadang
aku tulis untuk memberitahu.
Kadang-kadang
aku tulis untuk berkongsi.
Kadang-kadang
aku tulis utk melepas rasa.
Kadang-kadang
aku tulis untuk orang baca.
Tapi
kadang-kadang aku tak tulis untuk orang baca.
Macam
kali ni.
Aku
tulis sekarang,
sebab
satu hari nanti,
kalau-kalau
aku akan sedih, aku akan ingat aku dah pernah se-sedih ni.
kalau-kalau
aku akan sakit, aku akan ingat yang aku dah pernah se-sakit ni.
Tak
banyak benda sedih pernah aku tulis dalam ni.
Sebab
aku tak nak ingat apa yang buat aku sedih.
Aku
tak nak ingat siapa yang buat aku sakit. Sebab mereka tak layak.
Tapi,
kali ni aku sengaja tulis.
Sebab
walau sedih atau sakit macam mana pun, aku tetap nak ingat kisah ni.
Ini
kisah kali pertama aku..
walaupun
gagal, aku tetap sayang .
9 tindakbalas kimia:
semoga kuat dan lepas ni cuba lagi.
insya-allah...
salam kakak... lama xbertanya kbr sjak kawin ni..:) nanti senang2 kt msg... hope allah bless u.. jga diri baik2...miss u..;)
@Rapunzel Cikilolo:
TQ.
InsyaAllah sila doakan.
Kalau rajin tu boleh hulur bantuan berupa makanan. lapar ni.
@Cik As:
wslm.
Tq As.
Ha ye kan. Lama tak dengar khabar.
Fon akak gila bulan lepas smpai skrg. Nanti as msg bgtau ye.
As jaga diri. :)
Ini sangaat menyayat hati :(( Stay strong sis.
Bertabahlah..
sakit ape kak ?
Ungu, kita selalu gaduh sebab nama blogger kita sama dulu.
Sekarang, dah kahwin kau tak cakap pun.
Apa-apa pun, jaga diri okay. Aku doakan kau dikurniakan anak yang comel. I dont know how it hurts, and I surely dont know how you must feel. But Allah itu ada. I wish the best for both of you. :)
kuatkan hati!
Post a Comment